Pada waktu umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Nabi Muhammad SAW
Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.
Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
Abdul Mutallib Wafat
Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.Muhammad diasuh oleh Abu Talib
Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.
Turunnya Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad."Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)
Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.
Dakwah Secara Terang-terangan
Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas."Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94)
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"
Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.
Wafatnya Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.
Hijrah Ke Madinah
Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas kepergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."
Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.Sepuluh Mukjizat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
1. Al-Quran Al-KarimMerupakan mukjizat terbesar yang menunjukkan kebenaran ajaran beliau, Al-Islam, yang diturunkan oleh Allah.
2. Air memancar dari sela-sela jemari
Sebuah wadah air pernah disodorkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mencelupkan tangannya ke dalam wadah air itu. Maka, air memancar dari sela-sela jemari tangan beliau. Dengan air itu, para sahabat berwudhu. Jumlah mereka waktu itu adalah 300 orang. (HR. Al-Bukhari, no. 3572)
3. Makanan sedikit cukup untuk orang banyak
Suatu ketika, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terlihat lemas karena menahan lapar. Abu Thalhah yang mendengar hal itu akhirnya menemui istrinya. Abu Thalhah dan istrinya berniat mengundang beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk makan.
Singkat cerita, Abu Thalhah dan istrinya hanya memiliki makanan yang sedikit. Namun ternyata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajak banyak sahabat untuk ikut makan ke rumah Abu Thalhah. Abu Thalhah menjadi cemas; makanan sedikit apakah cukup untuk menjamu tamu sebanyak itu?
Akhirnya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan shahabat-shahabatnya tiba di rumah Abu Thalhah. Sebelum acara makan dimulai, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan makanan yang dihidangkan. Setelah itu para tamu diminta makan bergantian. Yang pertama makan adalah 10 sahabat. Lalu, 10 sahabat berikutnya, kemudian 10 sahabat berikutnya, dan seteruny.
Akhirnya semua sahabat yang datang itu makan sampai kenyang, sedangkan jumlah mereka waktu itu 70 atau 80 orang. Setelah itu, barulah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan keluarga Tholhah makan hingga kenyang pula. (Sumber: H.r. Al-Bukhari, no. 3385; Muslim, no. 2040)
4. Segelas susu mengenyangkan banyak orang
Abu Hurairah adalah shahabat Nabi yang sangat miskin tetapi amat banyak ilmunya dan kuat hafalannya. Dia sering mengalami kelaparan.
Pada suatu hari ketika Abu Hurairah sednag duduk di jalan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melewatinya dan tersenyum melihatnya. Beliau sangat mengerti akan penderitaan Abu Hurairah. Karenanya, berkatalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Yaa Aba Hirr!” Abu Hurairah menjawab, “Labbaika, yaa Rasulullah (aku datang memenuhi panggilanmu, wahai Rasulullah).” beliau berkata, “Ikutilah aku!”
Maka Abu Hurairah mengikuti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai ke rumahnya. Kemudian beliau mengizinkannya masuk. Di sana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menemukan segelas susu. Beliau bertanya kepada istrinya, “Dari mana susu ini?” Istrinya menjawab, “Dari Fulan, ia menghadiahkannya untukmu.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian memanggil Abu Hurairah, “Yaa Aba Hirr!” “Labbaika, yaa Rasulullah,” jawabnya. “Pergilah dan panggil ahlush shuffah.”
Ahlush shuffah adalah sekumpulan sahabat yang tinggal di masjid Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam karena tidak punya harta dan keluarga (di kota Madinah, red.). Abu Hurairah merasa berhak mendapat seteguk lebih dahulu agar kekuatannya yang hilang bisa kembali. Nanti, jika ahlush shuffah datang, tentu Abu Hurairah yang akan melayani mreka. Ia khawatir jika tidak kebagian.
Namun Abu Hurairah tidak mau menentang perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Oleh karena itu, Abu Hurairah segera memanggil ahlush shuffah. Mereka pun datang ke rumah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memanggil Abu Hurairah, “Yaa Aba Hirr!” “Labbaika, yaa Rasulullah.” “Terimalah ini dan bagikan kepada mereka!” Maka Abu Hurairah memberikan gelas berisi susu itu kepada orang pertama. Orang itu meminumnnya sampai puas.
Kemudian gelas tersebut dikembalikan kepada Abu Hurairah. Lalu diberikan lagi kepada orang kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya hingga semua merasa puas. Sungguh menakjubkan! Gelas itu pun diterima kembali oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian tersenyum kepada Abu Hurairah dan berkata, “Yaa Aba Hirr!” “Labbaika, yaa Rasulullah.” Sekarang tinggal aku dan kamu.” “Benar, wahai Rasulllah.” “Duduklah dan minum!”
Maka Abu Hurairah duduk dan minum. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terus memerintahkannya minum sampai Abu Hurairah berkata, “Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, sudah tidak ada tempat lagi dalam perutku.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Beirkan kepadaku gelas itu.” Bleiau memuji Allah dan bersyukur lalu membaca, “Bismillah,” dan meminum sisa susu itu. (Sumber: H.r. Al-Bukhari, no. 6087)
5. Doa minta hujan yang langsung dikabulkan
Pada suatu hari, ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang berkhutbah Jumat, berdirilah seseorang minta didoakan agar turun hujan. Waktu itu kekeringan sedang melanda. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa. Seketika itu pula, turunlah hujan deras terus-menerus, sampai hari Jumat berikutnya
Akhirnya ada seorang lelaki yang mengadu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahwa rumah-rumah telah rusak akibat hujan deras terus-menerus. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa agar hujan dialihkan ke sekeliling kota Madinah, jangan menimpa kota Madinah. Maka awan-awan yang bergerak di atas kota Madinah pun segera bergerak, tidak lagi berada di atas kota Madinah tetapi berada di pinggir kota Madinah. (Sumber: HR. Al-Bukahari, no. 3582)
6. Pemberitahuan hal-hal gaib yang terbukti terjadi
Di antaranya:
- Berita dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa kelak Kerajaan Persia dan Romawi akan dikalahkan oleh kaum muslimin. Selain itu, harta simpanan Persia dan Romawi akan dimiliki oleh muslimin. (H.r. Al-Bukharu, no. 3618 dan 3619)
- Berita dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa sepeninggal beliau akan muncul dua nabi palsu.(H.r. Al-Bukuhari, no. 36211). Dua nabi palsu tersebut adalah Musailamah Al-Kadzdzab dan Al-Aswad Al-Ansi.
- Ketiak terjadi Perang Mu’tah, komandan pasukan perang yang ditunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk memimpin pasukan muslimin terbunuh. Yang pertama terbunuh adalah Zai bin Haritsah. Setelah Zaid terbunuh, komnadan pasukan digantikan oleh Ja’far bin Abi Thalib. Kemudian, Ja’far bin Abi Thalib juga terbunuh. Sebelum kematian dua komandan itu sampai ke Madinah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberitakan kematian Zaid bin haritsah dan Ja’far bin Abi Thalib kepada para shahabatnya. Inilah salah satu mukjizat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam; Allah beri wahyu kepada beliau tentang berita gaib. (Sumber: H.r. Al-Bukhari, no. 3630)
Pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bulan terbelah menjadi dua. Orang-orang kafir Mekkah ikut menyaksikannya. (Sumber: H.r. Al-Bukhari, no. 3636, 3637, dan 3638)
Orang kafir Mekkah memnita bukti kenabian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam maka Allah tunjukkan dengan terbelahnya bulan menjadi dua.
8. Mengobati sakit mata, Allah sembuhkan dalam seketika
Sebelum penaklukan Benteng Khaibar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menunjuk Ali bin Abi Thalib sebagai pemegang bendera pasukan. Waktu itu, Ali menderita sakit mata. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memanggil Ali dan meludahi mata Ali yang sakit. Sekteika, mata Ali yang sakit itu menjadi sembuh seolah-olah tak pernah sakit mata. (Sumber: Ar-Rahiqul Makhtum, hlm. 376—378)
9. Akan selalu ada yang tampil membela ajarannya
Berita dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: akan selalu ada sekelompok umatnya yang selalu menampakkan kebenaran Islam dan membelanya. (Sumber: H.r. Al-Bukhari, no. 3640—3641)
10. Air sedikit menjadi banyak
Dalam sebuah perjalanan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para shahabatnya keabisan bekal air. Padahal waktu itu air berjarak jauh dari mereka. Lalu mereka bertemu seorang wanita yang membawa sedikit air. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengusap kantung air milik wanita tersebut. Kemudian para shahabat yang kehausan itu minum. Jumlah mereka ada 40 orang. Stelah puas minum, mreka mengisi kantung air masing-masing sampai penuh juga. (H.r. Al-Bukhari, no. 3571
Hikmah dan Pelajaran Dari Kisah Nabi Muhammad
Berikut akan kita lihat beberapa hikmah pelajaran dari Muharram Rasulullah saw :
Pertama, Muhammad secara harfiyah berarti orang yang terpuji. Karena memang, semenjak kecil Rasulullah saw. telah menunjukan sikap hidup yang sangat mulai dan terpuji. Bahkan, dalam riwayat diceritakan ketika nabi Muhammad hendak disusukan untuk pertama kalinya oleh ibu susunya Halimah, beliau menolak untuk menyusu ke susu yang sebelah kiri, karena susu tersebut adalah milik saudara sesusuannya yang telah menyusu sebelumnya yaitu Hamzah. Rasulullah saw. semenjak masih bayi ternyata telah menunjukan sikap hidup yang mulia. Dia tidak mau mengambil sesuatu yang bukan miliknya.
Kenapa bisa lahir seorang Muhammad (Manusia terpuji)? Mari kita lihat siapa ayah dan ibunya. Ayah beliau bernama Abdullah (hamba Allah). sesuai dengan namanya, Abdullah semasa hidupnya dikenal sebagi seorang yang shalih, jujur, dan sepanjang hidupnya tidak pernah ditemukan cacat dan keburukan.
Dalam al-Qur’an, kata ‘Abd yang dinisbahkan kepada Allah selalu menunjukan kualitas manusia agung dengan separangkat sikap hidup yang mulia dan terpuji (lihat surat al-Furqan [25]: 63-75). Sementara ibunya bernama Aminah yang secara harfiyah berarti perempuan yang jujur dan terpercaya. Memang ibunda Rasulullah saw adalah wanita yang shalihah, jujur dan hidup dengan kemulian diri. Pertemuan Abdullah (hamba Allah) dan Aminah (perempuan yang jujur) pada akhirnya melahirkan Muhammad (manusia terpuji).
Begitulah isyarat Allah swt. kepada manusai bahwa tanaman dan buah yang baik akan lahir dari bibit yang baik pula. Oleh karena itulah, Allah memerintahkan manusia untuk memilih jodoh atas dasar pertimbangan iman, bukan kecantikan, kekayaan atau kedudukanya. Lihatlah firman Allah dalam surat al-Baqarah [2]: 221
Artinya: “Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mu’min lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mu’min) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mu’min lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.”
Hari ini, agaknya karena sudah dipengaruhi pandangan dan sikap hidup yang materialistis, cenderung yang menjadi pertimbangan dalam mencari jodoh dalam masyarakat kita adalah harta dan kedudukan. Sementa itu, faktor agama atau keimanan sudah mulai diabaikan. Jika seorang anak gadis berkata kepada orang tuanya bahwa dia sudah punya pilahan pendamping hidup, kebanyakan orang tua selalu mengemukankan pertanyaan, “Apa Pekerjaanya?”. Jarang orang tua yang bertanya, “Apa agamanya, rajinkah dia shalatkah, dst”.
Teramat sering kita temukan di tengah masyarakan sebuah keluarga mengadakan pesta besar dan mewah, karena menantunya seorang dokter, perwira atau pengusaha. Akan tetapi, jarang kita lihat sebuah keluarga memiliki kebanggan yang ditampilkan dalam pesta perkawinan, jika menantunya orang yang biasa sekalipun laki-laki yang shalih, patuh dan taat beribadah.
Oleh karena itu, jangan heran jika kita teramat susah melahirkan genarasi yang shalih, baik, dan patuh. Karena kita tidak lagi mempertimbangkan unsur agama dan keshalihan dalam memilih jodoh dan pasangan hidup. Bibit yang baik saja belum tentu bisa melahirkan tumbuhan dan buah bagus, apalagi jika bibitnya sudah pasti rusaknya, mustahil tanaman yang baik akan tumbuh dan menghasilkan buah yang baik pula dikemudian hari.
Kedua, Nabi Muahmmahd saw. diasuh dan dibesarkan oleh ibu susunya yang bernama Halimah yang secara harfiyah berarti wanita yang santun, lembut dan sopan. Memang, Halimah adalah sosok wanita yang lemut dan santun, sebab dia berasal dari suku Bani Sa’idah yang sangat terkenal di kalangan masyarakat Arab jahiliyah sebagai suku yang ramah, santun dan fasih bahasanya.
Inilah salah satu hal yang menyebabkan nabi Muahmmad saw. menjadi mansuia yang santun dan memiliki kesopanan yang tinggi di kemudian hari. Asuhan dan didikan dari wanita yang santun sangat berpengaruh terhadap prilaku beliau di kemudin hari.
Inilah pelajaran berharga yang mesti kita ambil bahwa anak dan genarasi yang santun dan memiliki kesopanan serta kelemahlembutan, akan muncul jika anak tersebut diasuh oleh wanita yang ramah, santun, dan sopan pula. Jika seorang anak didik dan dibesarkan di lingkungan yang penuh kekerasan, sudah dipastikan watak yang keras dan kasarpun akan dimilikinya di kemudian hari.
Untuk masa sekarang ini, kita sangat khawatir dengan pendidikan anak-anak kita, terutama generasi Islam. Pandangan hidup yang sangat materialislis, bahwa ukuran kesuksesan itu harus diukur dengan seberapa banyak materi dan kekayaan yang dimiliki seseorang, sangat mempengaruhi pola pendidikan yang diterima anak-anak kita. Karena semua orang berlomba mengejar materi, akhirnya suami dan siteri mesti bekerja di luar rumah, pergi pagi pulang malam.
Waktu berangkat anak belum bangun dari tidurnya, begitu pulang anak dijumpai sudah dalam kedaaan tidur lelap. Sehingga, komonikasi antara orang tua dan anak hanya lewat telpon saja. Setiap hari anak-anak tumbuh dan besar dengan pembantu. Bagaimana jadinya, jika para pembantu yang dipercayakan mengasuh anak-anak kita, hanya memiliki hubungan yang bersifat materialistis dengan kita. Dia sudah tentu tidak akan merasakan bahwa anak yang kita lahirkan dengan susah payah seperti anaknya sendiri. Sudah barang tentu, anak akan besar dengan caranya sendiri atau bahkan tumbuh dengan melewati serentetan drama kekerasan bersama pembantu yang kita tinggalkan.
Oleh karena itu, jangan heran jika anak-anak kita hari ini sangat susah diatur, pembangkang dan bahkan hidup dalam gelombang dosa dan kesesatan. Karena kita, para ibu tidak menyiapkan diri sebagai Halimah atau pengasuh yang santun dan sopan.
Tiga, Nabi Muahmmad saw. semenjak lahir sampai berumur enam tahun dibesarkan di sebuah perkampungan yang jauh dari pengaruh kehidupan kota yang sangat bobrok, hedonis dan sebagainya. Pertanyaan sederhana, mengapa nabi Muahammad saw. harus melewati masa kecilnya di kawasan perkampungan tidak di Makkah yang merupakan kota metropolis ketika itu?
Di antara hikmahnya adalah, bahwa anak-anak yang tumbuh dan besar diperkampungan biasanya jauh lebih mandiri, lebih tangguh dibandingkan anak-anak yang besar diperkotaaan. Di perkotaan, fasilitas hidup sudah sangat lengkap sehingga, apapun yang diinginkan tinggal membelinya saja. Sementara di desa, fasilitas hidup sangat minim dan sederhana, sehingga ketika ingin sesuatu seorang harus mencarinya sendiri atau bahkan membuatnya sendiri.
Misalnya, di perkampungan tidak ditemukan orang yang menjual layang-layang, sehingga untuk memperolehnya seorang anak harus mampu atau belajar cara membuatnya sendiri. Berbeda dengan di kota, hanya tinggal membelinya di tempat-tempat yang sudah disediakan untuk itu. Sehingga, fasilitas yang lengkap membuat anak-anakyang dibesarkan di perkotaan menjadi manja, cengeng dan susah untuk mandiri. Bukankah di perkampungan itu, semenjak kecil nabi Muhammad sudah mengembalakan kambing?
Inilah pelajaran berharga bahwa anak semejak kecil harus diajar mendiri dan memiliki ketangguhan hidup dan tidak cengeng. Sekalipun, kita tidak mungkin harus mengirim anak ke desa seperti layaknya Nabi saw., namun subtansi kemandirian mesti kita terapkan kepada anak semanjak dini.
Alasan kedua kenapa nabi Muhammad saw. dibesarkan diperkampungan bahwa di perkampungan lingkungan masyarakatnya jauh lebih bersih dan lebih sehat dibandingkan perkotaan. Di perkampungan, masyarakatnya masih memiliki etika dan kesopanan yang tinggi. Sementara di kota, sudah menjadi pengetahuan umum bahwa lingkungannya sudah sangat rusak. Masyarakat sebagian besar hidup tanpa nilai dan aturan. Bukankah dengan mudah bisa kita jumpai bahwa sebagian besar anak-anak yang rusak baik akhlak dan pergaulannya adalah anak-anak yang tumbuh dan besar di perkotaan.
Alasan ketiga, bahwa di pedesaan bahasa manusia masih murni, bersih dan belum terkontaminasi dengan pengaruh budaya luar. Sebab, salah satu karakter pedesaan adalah bahwa ia masih tertutup dengan pengaruh budaya luar. Sementara, kota dihuni oleh berbagai manusia dari berbagai jenis dan bangsa. Tentu akan terjadi pembauran budaya termasuk bahasa. Maka, bahasa diperkotaan adalah bahasa yang sudah rusak.
Dengan dibesarkan di pedesaan Arab, nabi Muhammad saw. akan mendapatkan bahasa yang paling fasih dan bersih dari pengrauh bahasa lain. Itulah kemudian yang membuat nabi Muhammad saw. memiliki kefasihan lidah dalam berbahasa. Bahkan, beliau pernah bersabda, “Saya adalah orang Arab yang paling fasih dalam bahasa Dhadh (bahasa Arab)”.
Empat, setelah berusia enam tahun Halimah menyerahkan nabi Muhammad saw. kepada ibunya Aminah. Namun, baru beberapa hari saja beliau bersama ibunya, Aminahpun meninggal dunia setelah sebelumnya ketika beliau masih berumur dua bulan di dalam kandungan, ayahnya Abdullah pun dipanggil Allah. Setelah ibunya meninggal, pengasuhan diambil alih oleh kakeknya Abdul Muthallib sampai beliau berumur delapan tahun. Sebab, setelah dua tahun berada dalam pengasuhan kakeknya, Abdul Muthallib pun meninggal dunia.
Ada hal yang menarik untuk kita cermati, kenapa nabi Muhammad ketika berumur enam sampai delapan tahun diasuh oleh kekek beliau dan setelah dua tahun Allah pun mengambil kekaknya.
Umur enam sampai delapan tahun memang secara kejiwaan seorang anak akan sangat dekat dengan kakeknya dan seorang kakekpun sangat merindukan cucunya. Sebab, ketika berumur enam sampai delapan tahun seorang anak berada dalam taraf yang sedang asyik bermain dan bercanda, dan tentu seorang kakek dengan kondisinya yang sudah di akhir hayat sangat senang dan merasa terhibur dengan keadaan ini. Akan tetapi, lebih dari itu kebijksaan dan pengalaman hidup seorang kakek akan diceritakan kepada cucunya dalam bentuk pengajaran pada masa ini.
Oleh karena itu, dalam fase kehidupan manusia memang ada peran kakek yang mesti diberikan, yaitu ketika anak berumur enam sampai delapan tahun.
Lima, setelah Abdul Muthallib meninggal pengasuhan dilanjutkan oleh paman beliau Abu Thalib. Abu Thalib adalah seorang tokoh Quraisy yang sangat berwibawa dan dihormati, akan tetapi secara ekonomi memang Abu Thalib tidak seberuntung suadaranya yang lain. Dari sembikan paman nabi Muhammad saw, Abu Thalib adalah paman beliau yang paling miskin. Sementara yang paling kaya adalah Harits dan Abbas.
Pertanyaannya kemduian, kenapa nabi Muhammad saw. harus diasuh oleh pamannya yang paling miskin, bukannya paman beliau yang paling kaya?
Di antara jawabannya adalah, bahwa seorang anak tidak baik dibesarkan dengan tumpukan harta dan kekakayaan. Jika seorang anak dibesarkan dengan uang yang banyak, maka cenderung dia menjadi anak yang cengeng dan tidak bisa mandiri. Bahkan, anak yang dibesarbkan dengan uang banyak, akan mengakibatkan kerusakan mental adan akhlaknya.
Itulah pelajaran berharga dari kehidupan Rasululla saw, bahwa hendaklah kita membesarkan anak-anak kita dengan mengajarkannya arti dan hakikat kehidupan, janganlah seorang anak dimanja dengan fasilitas yang mewah dan tumpukan uang. Karena sekalipun dengan maksud kita menyayangi anak, namun cara seperti itu justu akan merusak dan menghancurkan anak kita sendiri.
Enam, setelah nabi Muhammad diangkat menjadi rasul dan berdakwah selama tiga belas tahun da Makkah, akan tetapi aktifitas beliau selalu mengalamai hambatan dan tantangan kalau tidak akan dikatakan memperoleh kegagalan. Akhirnya, Rasulullah saw. hijrah, berpindah ke Madinah dan akhirnya dalam waktu sepuluh tahun beliau berhasil mencapai maksud mangajak manusia beriman dengan kesuksesan yang gemilang.
Kenapa nabi harus berpindah dari Makkah ke Madinah? Sebab, Makkah bukanlah lingkungan dan tempat yang kondusif untuk menjadikan nabi Muhammad saw sukses. Inilah pelajaran berharga dari perjalanan hidup Rasulullah saw. bahwa mestilah kita selau berpindah dari lingkungan yang tidak baik menuju lingkungan yang bagus dan kondusif untuk menunjang kesuksesan kita. Sebab, lingkungan adalah hal yang besar pengaruhnya terhadap seseorang. Sekaligus, lingkungan sangat menentukan dan mendukung kesukesesan seorang dalam mencapai maksud dan tujuannya.